Oleh: Nurfatiha Mohamad
9 Julai 2024
Kinabatangan: Seramai 150 orang murid, guru dan jemaah ibu bapa PASTI, SRITI dan Mini Tahfiz Kinabatangan menyertai sambutan Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Masjid Al-Ghaffar.
Program ini dimulakan dengan perarakan bermula dari Servay Bukit Garam Point hingga ke Masjid Al-Ghaffar yang berlangsung pada hari kelmarin.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan kontinjen paling ramai, sepanduk paling cantik, mewarna, kuiz kategori tahap 1 dan 2, Ceramah Maal Hijrah dan cabutan tiket bertuah.
“Saya amat berterima kasih kepada semua entiti yang sudi hadir untuk memeriahkan program ini, ucap Pengerusi Masjid Al-Ghaffar, Jumaidin Lakalla.
“Program ini merupakan julung kalinya dibuat dan akan dilaksanakan setiap tahun bagi mengimarahkan institusi masjid”, ujarnya lagi.
Program tersebut berakhir pada jam 11.30pagi.