Home Berita PAS Sabah

TASTI dukung aspirasi falsafah pendidikan

38
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa H.M.S
9 Julai 2024

PAPAR: Jabatan Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) telah mengadakan program TEROKA di 3 kawasan iaitu Papar, Tawau dan Sandakan.

Sebanyak 6 Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) yang hadir mengikuti program TEROKA bertempat di Pejabat D’Azam Kinarut, Papar.

Pengerusi Jabatan TASTI Negeri Sabah, Rosdiana Rala berkata objektif utama program TEROKA ini bagi melaksanakan usul muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ke-63 iaitu perkasa dan promosikan TASTI ke semua peringkat.

“Sasaran 60 buah TASTI agar beroperasi sebelum penghujung tahun 2025 di samping untuk mengetengahkan TASTI sebagai salah satu produk yang boleh dipasarkan dan dikembangkan lagi di dalam masyarakat Sabah.

Tambahnya lagi, melalui program TEROKA ini mampu mengukuhkan kebersamaan dan ukhuwah kesatuan di antara Dewan Muslimat PAS dengan TASTI.

Turut hadir merasmikan program ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Hajah Norsah Bongsu.

Dalam ucapan beliau, TASTI adalah produk Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) yang sangat berpotensi untuk dikembangkan di bumi Sabah. Ketiga-tiga kawasan turut menunjukkan minat yang tinggi untuk menubuhkan TASTI di kawasan masing-masing”.

“Modul TASTI yang mendukung aspirasi Falsafah Pendidikan Negara, yakin produk ini dapat menarik minat dan diterima baik oleh ibu bapa ditambah dengan bimbingan secara berterusan daripada Jabatan TASTI DMPM, ” ujarnya agi.

Harapan Jabatan TASTI Negeri Sabah melalui program TEROKA ini semua pimpinan kawasan dan Dewan Pemuda akan turut sama membantu mempromosikan TASTI di setiap kawasan dan menyokong penuh mana-mana Dewan Muslimat PAS Kawasan yang ingin membuka TASTI.