Pengarah program, Cik Nurul Sakinah Baharuddin berkata, objektif utama program adalah bagi menyantuni masyarakat orang asal selain memberi pendedahan kepada para peserta program akan kehidupan serta budaya masyarakat tersebut.
“Kunjungan ini bertujuan untuk mengedarkan sumbangan keperluan asas kepada orang asal dan ini sebenarnya sebahagian daripada dakwah kita kepada mereka. Barang-barang sumbangan seperti beras, biskut dan makanan bertin diperolehi menerusi sumbangan ibu bapa pelajar-pelajar PASTI,” ujarnya lagi.
Program yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para penduduk kampung. Selain berasa sangat gembira, mereka turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan kepada mereka.
Tok Batin Kampung Seri Wangi, Kuong A/K Nehek, mengucapkan penghargaan kerana guru-guru atas kesudian menyantuni keluarga dan anak-anak masyarakat orang asal Kampung Seri Wangi yang terdiri daripada 12 keluarga seramai 52 orang.
Selain menyampaikan sumbangan, para guru PSA turut mengadakan aktiviti mewarna dan menyanyi bersama-sama anak orang asal yang rata-rata mempunyai asas pendidikan yang baik. Mereka juga turut dibawa melawat ke tempat-tempat menarik yang terdapat di Taman Negeri Royal Belum yang telah diwartakan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 oleh Kerajaan Perak pada 17 Mei 2007.
“Kita selalu membawa pelancong ke kampung ini kerana mereka mesra dengan pelancong. Di samping itu kita mahu mendekatkan mereka dengan Islam,” demikian menurut pemandu pelancong, Buckry Zulkifliey Sim.
Rangkaian PASTI Smart Aulad terdiri daripada 7 buah PASTI di sekitar kawasan Kangar kini membuka pendaftaran baharu. Rangkaian PSA menawarkan perkhidmatan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dengan sesi pembelajaran pagi sehingga petang.
Sebarang pendaftaran dan pertanyaan boleh dibuat melalui talian hotline 019 476 5796.