Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

TAHNIAH Buat Anak-anak STPM

190 views
SHARE

Hari ini merupakan hari keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dikeluarkan.

Seramai 43,042 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2017 di 700 buah pusat di seluruh negara iaitu, 42,694 orang (99.19%) merupakan calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47%) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32%) calon persendirian dan lapan orang (0.02%) ialah calon sekolah kerajaan negeri.

Kejayaan yang terlakar pada hari ini menjadi pencetus semangat kepada semua calon STPM untuk terus melakar kejayaan di hari yang mendatang.

Walaubagaimanapun, kepada calon yang belum berpeluang memperoleh keputusan cemerlang, kuatkan tekad dan usah kecewa kerana kegagalan hari ini tidak bermakna gagal untuk selamanya.

Kami Muslimat PAS merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat semua calon STPM tahun 2017 di seluruh negara.

Tidak dilupakan ucapan tahniah ini selayaknya diberi buat tenaga pengajar dan pendidik yang tidak jemu mendidik anak bangsa serta ibu bapa yang sentiasa mendorong kejayaan anak mereka.

Muslimat PAS meletakkan harapan yang tinggi buat anak bangsa yang akan memimpin negara Malaysia ini kelak agar menggunakan peluang yang ada ini sebaiknya untuk mempersiapkan diri memimpin agama, bangsa dan negara akan datang.

Semoga terus cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

Muslimat Memacu Kemenangan
Sejahtera Bersama Islam

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
6 Mac 2018 bersamaan 18 Jamadilakhir 1439