Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis Ziarah Guru Menderita Strok

705
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Prihatin dengan nasib yang menimpa salah seorang tenaga pengajarnya, PASTI Negeri Perlis telah mengadakan ziarah mahabbah ke kediaman Puan Norazizah Yaakob di Kampung Behor Kulit Kerang, pada 6 Ogos yang lalu.

Ziarah mahabbah ini disertai Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil serta wakil daripada MGP Negeri Perlis dan MGP Kawasan Arau.

Puan Norazizah Yaakob merupakan guru PASTI Al-Fateh, Behor Mali, dan telah berkhidmat selama enam tahun.

Beliau telah disahkan menghidap penyakit strok pada bulan lalu di samping turut menghidap penyakit kencing manis.

Ketika ditemui di kediamannya, pihak PASTI Negeri Perlis telah dimaklumkan bahawa tahap kesihatannya semakin terjejas akibat penyakit berkenaan, hinggakan beliau tidak lagi mampu bercakap selain tidak boleh berdiri dan berjalan.

Puan Norazizah mempunyai seorang anak berusia tiga tahun manakala suaminya bekerja sendiri.

Sehubungan dengan itu, PASTI Negeri Perlis amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos perubatan di samping perbelanjaan harian beliau sekeluarga.

Mereka yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Norazizah Yaakob (159012981389).