Home Artikel PAS Perlis

136 Guru Pelatih PASTI Ikuti Kursus Semester 6 DPAK

486 views
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

SIK : Kursus semester 6 bagi jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) telah diadakan selama dua hari bermula pada 3 Ogos lalu, bertempat di Kolej KEDA, Rimba Taqwa Perangin, Sik Kedah.

Program akademik ini adalah di bawah kelolaan Institut Perguruan PASTI Malaysia (IPPM) iaitu sebuah entiti milik PASTI
Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan program-program latihan perguruan.

Seramai 136 guru pelatih PASTI dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang telah memiliki Sijil Perguruan PASTI (SPP) telah hadir dalam kursus tersebut.

Daripada jumlah itu, negeri Kedah mencatatkan bilangan paling guru pelatih ramai iaitu 99 orang, diikuti Pulau Pinang (20) dan Perlis (17).

Mereka dijangka bakal menamatkan pengajian serta memperolehi diploma pada tahun 2019 nanti.

Antara pengisian kursus selama dua hari termasuklah kuliah akademik, bengkel, LDK, sesi pembentangan dan aktiviti kokurikulum.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah yang juga Pengarah PASTI Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid.