Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis Serah Sumbangan Mangsa Kebakaran

830
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : PASTI Negeri Perlis telah mengadakan Ziarah Mahabbah ke atas keluarga salah seorang murid PASTI yang ditimpa musibah apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran baru-baru ini.

Kediaman mereka adalah antara empat buah rumah yang yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis pada 8 November yang lalu.

Rombongan diketuai oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Turut serta, wakil ALP PASTI Perlis, Majlis Guru PASTI Negeri Perlis serta guru-guru PASTI As Syuhada, Kuala Perlis.

Dalam lawatan berkenaan, Ustaz Asrul Aimran telah menyerahkan sumbangan hasil infaq daripada orang ramai kepada keluarga adik Nurin Mizanina Delisha binti Mohd Muszairee, murid PASTI As Syuhada.

Sementara itu, PASTI Negeri Perlis terus mengalu-alukan para penyumbang untuk terus menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan.

Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun yang tertera manakala bukti sumbangan hendaklah dihantar ke nombor 0138766463 menerusi aplikasi Whatsapp atau menerusi emel pastiperlis2012@gmail.com untuk rekod.

Dewan Pemuda PAS Neg Perlis (PASTI)
Bank Islam Malaysia Berhad 09010010050299