Home Artikel PAS Perlis

PASTI Perlis Berjaya Anjur Dua Kursus DPAK Serentak

313
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Institut Perguruan PASTI Malaysia (IPPM) Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan dua kursus secara serentak di dua lokasi berbeza pada 8 dan 9 Februari lalu.

Kursus Semester 1 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) telah diadakan di Putra Putri Lodge, Kangar dengan kehadiran seramai 42 orang guru pelatih PASTI.

Sementara itu, seramai 22 orang guru pelatih pula telah mengikuti Kursus Semester 3 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) bertempat di Terinai Lakeview Resort, Beseri.

Selama dua hari berkursus, para peserta telah mengikuti pelbagai slot berbentuk teori dan amali merangkumi ceramah, kuliah, bengkel, LDK serta aktiviti luar bilik darjah.

Menurut pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, ini adalah kali pertama pihaknya menganjurkan dua kursus secara serentak di dua lokasi yang berbeza.

“Alhamdulillah, dengan tenaga kerja dan sumber yang mencukupi, Institut Perguruan PASTI Malaysia Negeri Perlis berjaya menganjurkan dua kursus DPAK secara serentak dengan jayanya.

“PASTI Negeri Perlis juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua guru pelatih yang telah berjaya menyempurnakan kursus pada kali ini,” katanya ketika dihubungi di sini.