Home Artikel PAS Sabah

PASTI Kudat anjur makan malam sambil menderma

204
SHARE

Oleh : Laila Ismail
21 Oktober 2019

KUDAT : PASTI Kudat telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal 2.0 pada Sabtu lalu di SMK Abdul Rahim 2 dekat sini yang mendapat kerjasama daripada Pusat Pengajian Islam Kudat (PPI-Kudat).

Majlis penuh meriah yang berkonsepkan makan sambil menderma itu bertujuan untuk memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat disamping menjamu hidangan utama iaitu ‘gulai kawah’.

Ia juga merupakan kesinambungan dari program tahun lalu sebagai salah satu usaha PASTI Kudat dan PPI Kudat membantu perkembangan pendidikan awal kanak-kanak Islam di daerah ini.

Hampir 1300 orang tetamu hadir dalam majlis tersebut yang terdiri daripada AJK PAS Kudat, AJK Dewan Pemuda PAS Kudat, AJK Dewan Muslimat PAS Kudat, AJK Penaja PAS Cawangan Lajong dan anggota Jabatan Amal Kota Belud disamping orang awam serta ahli PAS.

Selain itu, kumpulan nasyid Shoutul Amal turut dijemput dan membuat persembahan dengan lagu-lagu berbentuk nasihat serta dakwah kepada para tetamu.

Pengarah Program, Ustaz Madhi Al-Azaeim Bin Ahmad Puhad melahirkan perasaan terharu atas sikap dermawan seluruh Malaysia yang sudi membeli tiket bagi menampung kos majlis tersebut.

Katanya, ia sekaligus menyumbang kepada pembangunan PASTI Kudat serta PPI-Kudat sebagai tapak kesinambungan pembangunan pendidikan Islam yang holistik bagi melahirkan ulamak dan umara’ di bumi borneo pada masa akan datang.