Home Khas

Malaysia Disaran Hantar Nota Diplomatik Ke India

447 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA

MALAYSIA DISARAN HANTAR NOTA DIPLOMATIK KE INDIA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyarankan agar pihak Kerajaan mengutus nota diplomatik ke India berhubung rancangan negara tersebut mahu mengurangkan pembelian minyak sawit dari negara ini.

PAS maklum akan hubungan dagang bilateral yang baik antara kedua-dua negara. Namun, pendirian Kerajaan di Perhimpunan Agung PBB berhubung konflik umat Islam di Jammu dan Kashmir harus dipertahankan.

Isu di Jammu dan Kashmir adalah isu melibatkan kepentingan umat Islam dan hak kemanusiaan. Malaysia sebagai negara yang vokal terhadap isu-isu umat Islam sedunia mesti konsisten menyuarakan pandangan dan tidak akan mudah tunduk terhadap desakan daripada mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, Malaysia harus terus menyesuaikan keadaan untuk mengimbangi kemungkinan kejatuhan berterusan harga minyak sawit sehingga mungkin akan menjejaskan pendapatan pekebun tempatan.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN

Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

23 Safar 1440 | 22 Oktober 2019