Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Pasti Fastaqim ke Zoo Melaka

574
SHARE

 

KUALA PILAH : PASTI Fastaqim telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka dan sekitar Banda Hilir semalam.

Seramai 30 orang peserta telah mengikuti lawatan tersebut yang terdiri daripada murid-murid, ibubapa dan guru serta Ahli Jawatankuasa Pasti Fastaqim. Rombongan diketuai Ustazah Nor Fatihah binti Mohd Ghazali, guru Pasti Fastaqim.

Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid untuk meneroka alam secara ‘hands on’.

Selain itu, dapat mengeratkan silaturahim di antara ibubapa, guru-guru dan AJK Pasti Fastaqim.

Keceriaan terpancar di wajah anak-anak pasti apabila dapat menyaksikan secara realiti haiwan yang terdapat di Zoo Melaka.

Antara haiwan yang menarik perhatian anak-anak pasti adalah gajah, zirafah, burung unta, buaya dan banyak lagi. Mereka turut berkesempatan memberikan makanan kepada gajah.

Usai melawat zoo, seterusnya mereka ke Banda Hilir. Di sana murid-murid dapat melihat Kota A’Famosa dan berjalan-jalan di sekitarnya.

Penat tapi seronok. Semoga anak-anak pasti gembira dan dapat belajar sesuatu dalam lawatan kali ini.

Turut serta di dalam lawatan ini ialah Ketua Cawangan Parit Tinggi, Ustaz Mahmuda bin Aliman merangkap Pengarah Pilihanraya BPPNS.