Home Artikel PAS Perlis

PASTI Darul Taqwa Kekalkan Penguasaan Alam Ria

84 views
SHARE

Oleh: Haziq Dun

PADANG BESAR : Alam Ria PASTI Kawasan Padang Besar yang berlangsung semalam menyaksikan PASTI Darul Taqwa mengekalkan mahkota juara keseluruhan untuk tahun kedua berturut-turut.

Sebanyak 11 acara telah dipertandingkan dengan sejumlah 12 buah PASTI dari seluruh kawasan Padang Besar mengambil bahagian dalam acara tahunan yang berlangsung di SRI At Taqwa Beseri, dekat sini.

Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Padang Besar, saudara Nurdin Bin Isa, pihaknya berasa berpuas hati kerana majlis Alam Ria tahun ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada waris.

“Kita berasa gembira melihat komitmen semua pihak termasuk para guru, ibu bapa dan pelajar yang telah bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan penganjuran Alam Ria kali ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Perlis yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Karim Bin Mat Rejab dan Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Bin Abd Jalil.

Pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi setiap acara akan mewakili PASTI Kawasan Padang Besar dalam Alam Ria PASTI Negeri Perlis pada 24 Ogos 2019.