Home Artikel PAS Selangor

PASTI baru di Ukay Perdana

88 views
SHARE

Ukay Perdana: PASTI Al Ummah, Ukay Perdana merupakan PASTI ke lapan dibuka di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang untuk sesi tahun 2020. Ianya juga merupakan PASTI kedua dibuka di Dun Bukit Antarabangsa.

Mengambil semangat dan gelombang perpaduan ummah baru baru ini, nama PASTI Al Ummah di pilih sebagai simbolik perpaduan yang ingin dan sentiasa di perjuangkan oleh PAS khasnya melalui bidang pendidikan pra sekolah.
Pembukaan PASTI ini juga tidak lain merupakan sinergi bersama antara Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang dan Cawangan Ukay Perdana yang telah lama berhasrat untuk menubuhkannya.

Diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Ikhwan selaku Ketua Cawangan Ukay Perdana, bersama sama Pemuda dan Anggota Jabatan Amal Kawasan Ampang telah menaikkan kain rentang (banner dan bunting) promosi untuk PASTI Al Ummah di sekitar kawasan Ukay Perdana.
Aktiviti yang berakhir sekitar jam 1 pagi 25 September 2019 itu bukan sahaja mengeratkan ukhuwah sesama mereka malah sudah menjadi lumrah pengorbanan dalam perjuangan sebagai ahli PAS.

Semoga dengan usaha sedikit ini PAS Kawasan Ampang secara amnya dan PAS Dun Bukit Antarabangsa dapat menyumbang kepada pendidikan pra sekolah islam kepada masyarakat, anak dan ibu bapa penduduk Ukay Perdana.

Untuk pendaftaran PASTI Al Ummah, Ukay Perdana boleh berhubung dengan Ustaz Bunyamin (013 272 8300) atau En Muhammad (019 521 3426 – whatsapps sahaja).

#pastiampang
#pastialummah
#ukayperdana
#dewanpemudapasampang
#pasampang