Home Berita PAS Perlis

PASTI Arau komited jaga kebajikan guru

44
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 16 Julai: PASTI Kawasan Arau tetap komited dalam memastikan kebajikan para guru dan kakitangannya terus terjaga, khususnya dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Menurut pengerusinya Abdul Hadi Halipah, pelbagai bentuk bantuan telah digerakkan termasuk yang terbaru menerusi program Pereyuk PASTI.

“Setelah program siri pertama berjaya kami laksanakan, PASTI Arau telah menggerakkan program Pereyuk PASTI 2.0 semalam.

“Kali ini dengan penglibatan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Arau, para pemuda kawasan dan ARC Arau, sumbangan berupa lauk dan buah-buahan telah dihantar kepada para guru dan pembantu guru yang berkhidmat di bawah PASTI kawasan.

“Apa yang kita lakukan pada hari ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Tabung Kebajikan PASTI Arau dan kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah banyak membantu PASTI Arau hingga ke hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Turut hadir menjayakan program berkenaan, wakil daripada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Arau, Roseli Man.