Home Berita PAS Perlis

PASTI Arau adakan majlis hargai sumbangan para guru

60
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 12 Mei : Sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan para guru, PASTI Kawasan Arau telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Arau yang berlangsung hari ini.

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Residensi, Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis, di sini.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Razali Saad, ADUN Beseri Haziq Asyraf Dun dan ADUN Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim adalah antara tetamu jemputan yang hadir.

Turut hadir, Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Solahuddin Azmi, Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Nur Yuzaizy Mansor dan Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abd Hadi Halipah.

Pada majlis tersebut, seramai 71 orang guru PASTI daripada sejumlah 15 buah PASTI dalam Kawasan Arau telah naik ke pentas menerima cenderahati sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan.

Turut diadakan, acara memotong kek sebagai gimik pelancaran Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Arau yang telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Arau, Solahuddin Azmi.