Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS perlu bergerak kerja dengan ilmu

33
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
14 Mei 2024

SEPANGGAR : “Perjuangan gerakan Islam ini bukan semata-mata politik tetapi juga dengan tarbiyah dan dakwah,” kata Ustazah Sofea Salin.

Menurut Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah itu, sebab itulah muslimat PAS perlu bergerak kerja berbekalkan dengan ilmu.

“Saya sarankan agar ahli sentiasa menimba ilmu dunia mahupun ilmu akhirat seperti ilmu akidah, tasawuf haraki, fiqh, Al-Quran dan sebagainya.

“Susah dan derita di sepanjang jalan dakwah akan hilang, kita akan cekal dan sabar dengan berbekalkan ilmu dan sentiasa mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar kali ke-12, di Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, di sini kelmarin.

Mesyuarat Agung tersebut telah dihadiri oleh lebih 50 orang perwakilan dan pemerhati dari 13 cawangan PAS Kawasan Sepanggar.

Turut diadakan Sambutan Hari Ibu dengan acara memotong kek oleh para ibu serta cabutan bertuah.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sepanggar, Afiq Norrdin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Hasruddin Samsuddin dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepanggar, Ummu Ahnaf Abu.