Home Berita PAS Sabah

PASTI akan terus membentuk peribadi unggul

57
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
17 Oktober 2023

LAHAD DATU : PASTI akan terus berusaha membentuk peribadi unggul murid-murid.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah 3, Ramli Pataruddin berkata, PASTI bukan hanya tempat untuk belajar membaca, menulis dan mengira sahaja tetapi juga untuk mengasah potensi serta bakat yang sedia ada.

“Salah satu usaha PASTI adalah untuk melahirkan generasi tunas islam yang unggul bukan sahaja dari aspek keilmuan dan keagamaan, bahkan juga melalui aspek sahsiah diri pelajar,” ujarnya semasa merasmikan Alam Ria PASTI Peringkat Lahad Datu, kelmarin.

Katanya, Alam Ria PASTI diadakan bagi mengasah aspek sahsiah supaya dapat mengenal pasti potensi dan bakat mereka untuk diasah pada masa akan datang kelak.

Turut hadir sama Exco Pemuda PAS Sabah, Kanizam Kamis bersama Landari Labobo.

Sebanyak lapan acara dipertandingkan antaranya Azan, Khutbah, Hafazan Surah, Hafalan Hadis, Nasyid, Pidato, Sajak dan Bercerita.

PASTI Al Falah menjadi Johan keseluruhan bagi Alam Ria PASTI Lahad Datu pada kali, diikuti PASTI Al Hidayah dan PASTI An Najah.