Home Berita PAS Wilayah

FESTIVAL TEH MEMBINA PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

44
SHARE

Batu, 14 Oktober 2023. Lajnah Dakwah dan Perpaduan Nasional PAS Kawasan Batu telah menganjurkan Festival Teh buat julung-julung kalinya bermula 9 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat di Dewan Yayasan Warisan , Taman Bullion Mewah, Kuala Lumpur.

Festival Teh merupakan satu inisiatif yang digerakkan oleh PAS Kawasan Batu dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan. Ia diwujudkan bagi menggantikan sambutan Oktober Fest yang sinonim dengan minuman beralkohol .

Oleh itu, PAS Kawasan Batu mengambil peluang ini untuk memperkenalkan satu budaya baru yang boleh diterima oleh masyarakat terutamanya kaum Cina yang mempunyai tradisi teh yang tersendiri. Tujuannya adalah untuk membina kerjasama baik antara PAS dengan masyarakat , mengeratkan perpaduan kaum dan mempromosikan minuman tradisi teh daripada pelbagai kaum juga masyarakat tradisional di samping mengumpul dana Kompleks PAS Kawasan Batu.

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Bin Musa (Presiden Muafakat Nasional) . Program ini juga turut melancarkan buku “Menelusuri Alam Melayu yang dirasmikan oleh YB Dr. Hajah Halimah Ali , Ahli Parlimen Kapar merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat . Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu hampir 300 orang daripada pelbagai kaum yang disajikan dengan 40 jenis teh dan pelbagai makanan tradisi kaum . Persembahan seperti tarian singa dan nyanyian santai menambahkan lagi kemeriahan majlis.

Antara penaja yang turut menyumbang dalam menjayakan Festival Teh ini adalah daripada Menteri Besar Kelantan, Yayasan Nur Ramlah, PERKIM , Muslim Care Malaysia , Buruj , Yayasan Amal Malaysia, Muafakat Nasional, entiti – entiti parti dan ngo-ngo.

Pihak penganjur berharap Festival Teh menjadi pemula(incedent) untuk menyantuni pelbagai kaum di Wilayah Persekutuan ini.