Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Ziarah Kebajikan PAS Lembah Pantai

1360
SHARE

KERINCHI, 10 Disember – Seorang warga emas di PPR Kerinchi hanya mampu terbaring setelah mengalami sakit saraf di bahagian pinggul sejak dua tahun lalu.

Difahamkan Saudara Hassan bin Jusoh, 72 tahun menetap di perumahan tersebut bersama isteri dan dua anak beliau yang masih bujang.

Rombongan PAS Lembah Pantai yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua berkesempatan mendengar dan menyelami kesusahan yang dihadapi.

Dalam ziarah tersebut, Tuan Haji Fauzi mewakili Bendahari PAS kawasan telah menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sementara itu, isteri beliau, Puan Wan Azizah mengungkapkan rasa terharu atas kesudian PAS menziarahi serta menghulurkan bantuan.

“Saya berterima kasih dengan keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Sedikit sebanyak dapat membantu saya menjaga kebajikan kami sekeluarga,” ujarnya.

Mengakhiri pertemuan, Ustaz Zaini selaku Ketua Urusan Ulama’ kawasan membacakan doa memohon kesejahteraan kepada pesakit serta umat Islam umumnya.

PAS Lembah Pantai mengambil inisiatif mengadakan ziarah secara tidak berkala bagi memberi sokongan moral serta mendekati masyarakat setempat.