Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang | Simpati dan keprihatinan masyarakat ditagih

1404
SHARE

Indera Mahkota – Simpati dan keprihatinan masyarakat ditagih bagi meringankan beban keluarga adik Aidil Yusri yg kini terlantar lumpuh selepas terlibat dgn kemalangan jalanraya Julai lalu.

Beliau yg baru berusia 16 tahun tidak mampu bergerak mahupun bercakap. Beliau yang tinggal dan dijaga sepenuh masa oleh kakaknya di Batu Hitam, Beserah memerlukan perbelanjaan yg tinggi utk keperluan harian.

Saya bersama Pusat Khidmat DUN Beserah ada menziarahi beliau bulan lalu bagi melihat sendiri keperluan beliau dan menyampaikan sedikit sumbangan selepas mendapat maklumat dpd wakil penduduk setempat.

Kepada yang berhasrat untuk membantu boleh salurkan sumbangan kewangan ke akaun Maybank 156094332461 (Nurhafiza Arina) atau berhubung dgn kakak beliau Norhafiza Elianti di talian 014-6754338.

Terima kasih kepada Harian Metro kerana mengetengahkan kisah kesulitan adik Aidil Yusri dan keluarganya.