Kenyataan Rasmi,
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR & UPSRA
1. Masa yang telah ditetapkan telah pun tiba, peperiksaan yang dirancang telah pun tiba. Pelbagai perasaan bercampur dalam menempuh peperiksaan ini. Ibubapa, Guru dan khususnya adik-adik pelajar semuanya bercampur baur perasaannya.
2. Buat adik-adik yang menghadapi peperiksaan, kami mendoakan agar diberikan ketenangan dan keyakinan dalam menjawab peperiksaan nanti. Banyakkan berdoa dan menjawab dengan sebaik mungkin.
3. Buat ibubapa pula, kita telah melakukan yang terbaik untuk anak-anak kita, kita serahkan kepada Allah SWT agar mengurniakan ilham dan ketenangan dalam diri anak-anak kita. Oleh itu, Persiapkan anak-anak kita dari awal pagi dengan sebaiknya, menyediakan sarapan yang berkhasiat. Tanamkan keyakinan dalam diri anak-anak dengan kata-kata motivasi dan semangat. Tatkala anak-anak di dalam dewan peperiksaan, marilah kita berdoa dan terus berdoa.
4. Buat guru pula, kami meyakini bahawa guru telah memberikan didikan dan teknik yang terbaik untuk para pelajar yang disayangi. Segala usaha tersebut, tidak mampu untuk dibalas, namun penghormatan dan jutaan terima kasih yang mampu kami hulurkan. Semoga guru-guru diberikan kebahagiaan dan ketenangan dalamkehidupan ini.
5. Buat masyarakat pula, marilah kita sama-sama berdoa untuk pelajar-pelajar UPSR dan UPSRA agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.
6. Kami daripada Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan tidak terlepas untuk mendoakan kejayaan buat anak-anak tercinta, para ibu bapa dan para guru. Semoga generasi yang lahir ini mampu mengukir kejayaan demi masa depan yang lebih sempurna.
” ISLAM MEMIMPIN “
Haji Mohamad Noor bin Mohamad
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
24 September 2018.