Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wilayah | Perutusan Ketua Muslimat PAS WP sempena Hari Wilayah Persekutuan 2018

136 views
SHARE

KE ARAH MEMBINA WILAYAH SEJAHTERA

“Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun (yang luas dan subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Lalu dikatakan kepada mereka) : Makanlah dari rezeki pemberian tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun” [ Q:S. Saba’ : 15 ]

Kita menyambut Hari Wilayah setiap tahun pada 1 haribulan Februari sempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu Negara Malaysia bermula tahun 1974.

Sebagai rakyat Malaysia khususnya penduduk dalam Wilayah Persekutuan, seharusnya kita meletakkan rasa syukur yang tinggi kerana kita masih dapat hidup dalam Negara yang aman dan makmur secara luarannya.

Sebagai ummat Islam, kita memandang pembentukan sesebuah Negara perlu kepada suatu perlembagaan undang-undang Islam yang akan mengawal dan menjaga kesejahteraan Negara agar terus berkekalan hingga akhirnya.

Walaupun kita telah memasuki tahun ke-44 sambutan Hari Wilayah, tetapi kita masih belum Berjaya mentadbir Negara ini dengan system perundangan Islam acuan Allah yang pastinya tidak pernah mengecewakan rakyat secara umumnya.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat hari Wilayah buat semua rakyat Wilayah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Semoga kita boleh membina Wilayah yang sejahtera bersama-sama Islam.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Februari 2018 / 15 Jamadil Awal 1439

Like & share :
https://facebook.com/dmpwp