Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wilayah | Muslimat PAS Titiwangsa Ucap Selamat Hari Wilayah 2018

160 views
SHARE

Dewan Muslimat PAS Titiwangsa mengucapkan Selamat Hari Wilayah kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan. Umum mengetahui, sejak 1974 Kuala Lumpur berpisah daripada Selangor, lantas membentuk wilayah sendiri sehingga kini Putrajaya dan Labuan turut menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.

Di bumi bertuah ini, mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia tersegam gah di ibu kota sehingga menjadi tarikan pelancong-pelancong dari negara luar untuk berkunjung ke Malaysia.

Walaupun Malaysia dikenali sebagai sebuah negara maju, tetapi rakyat Malaysia di kotaraya sebenarnya berhadapan dengan tahap kemiskinan bandar. Gaji minimum yang diperuntukkan untuk para pekerja tidak cukup untuk menyara hidup di ibu kota, lebih lagi bagi yang sudah berkeluarga.

Aktiviti gelandangan semakin berleluasa, menyebabkan peratusan jenayah semakin tinggi dari hari ke hari. Kes ragut, pecah rumah, kecurian, culik, rompak, rogol dan lain-lain menjadi igauan buruk buat warga kota untuk meninggalkan rumah di musim perayaan atau tinggal bersendirian di rumah, apatah lagi berjalan seorang diri ke mana-mana.

Manakala, rumah-rumah kos rendah yang menjadi penempatan golongan ibu tunggal, miskin dan OKU masih tidak mencukupi. Bantuan bulanan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat ternyata tidak dapat membantu mereka meneruskan kehidupan di bandar metropolitan ini. Justru, Dewan Muslimat PAS Titiwangsa mencadangkan supaya JKM, Pusat zakat dan pihak berautoriti supaya mengkaji semula nilai bantuan yang diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan ini.

Di samping itu, Dewan Muslimat PAS Titiwangsa ingin melahirkan kebimbangan bilamana isu keruntuhan akhlaq dan moral telah menjadi isu yang sangat besar iaitu fenomena Lesbian, Gay, Biseksual, dan Trangender (LGBT). Kumpulan Sister In Islam muncul memperjuangkan kesamarataan gender dan nasib golongan LGBT supaya diiktiraf kedudukannya di negara ini, disamping terus menyebarkan ideologi feminisme ke dalam pemikiran rakyat Malaysia.

Dewan Muslimat PAS Titiwangsa juga sangat berharap supaya kerajaan Malaysia dapat mengembalikan hak rakyat untuk rasa terbela di negara sendiri, terutamanya di Wilayah Persekutuan. Segala cukai hendaklah dikaji semula oleh badan yang bertanggungjawab supaya rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin menekan.

Akhir sekali, Dewan Muslimat PAS Titiwangsa senantiasa mendoakan kesejahteraan buat semua warga Wilayah Persekutuan, khususnya di Titiwangsa dalam setiap solat dan munajat. Buat la pilihan yang betul dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Semoga akan menatijahkan sebuah kerajaan yang lebih baik sebagaimana yang disebut dalam firman Allah :
بلدة طيبة و رب غفور
( Negara yang baik serta mendapat keampunan Allah).

“Muslimat Memacu Kemenangan”
“Sejahtera Bersama Islam”

Puan Sharifah Rashida bt Sayed Idrus
Ketua Muslimat PAS Titiwangsa