Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Perpustakaan Jalanan DPPBTR Pupuk Budaya Membaca

1228
SHARE

Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak (DPPBTR) telah mengadakan program Perpustakaan Jalanan di Taman Tasik Permaisuri pada 21 Januari 2018.

Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya anak muda.

Sambutan yang diberikan oleh pengunjung juga sangat menggalakkan dan banyak respon positif yang diterima.

Sememangnya pembudayaan tabiat suka membaca hendaklah diterapkan daripada kecil hinggalah dewasa untuk pembentukkan individu yang mantap dari segi pengetahuan sekaligus menjadi rakyat yang akan membentuk negara sejahtera.

Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak juga merancang untuk mengadakan program sebegini secara berkala di masa akan datang

Dewan Pemuda PAS Bandar Tun Razak juga sangat mengalu-alukan sumbangan buku bacaan dan majalah daripada masyarakat tempat dalam menjayakan program ini dengan lebih baik pada masa akan datang.

Sebarang pertanyaan dan sumbangan boleh hubungi Saudara Faizu di talian : 017-366 4943