Home Artikel PAS Wilayah

PAS Wilayah | PAS Prihatin Nasib Rakyat

758
SHARE

TITIWANGSA, 28 Januari- Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat(LKKPP) dengan kerjasama PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan program Ziarah Prihatin Titiwangsa baru baru ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyantuni para pengundi yang miskin, orang kelainan upaya, sakit dan uzur di sekitar Titiwangsa. Pihak LKKPP telah menziarahi beberapa rumah pengundi di sekitar Zon Pandan, Keramat dan Kg. Baru.

Program ziarah ini telah diketuai oleh Pengerusi LKKPP, Dr. Rosni Adam; Timbalan Pengerusi LKKPP, Cikgu Yusoop Abd Hamid; YDP PAS Titiwangsa, Tn. Hj. Khairul Anuar Abd Manap dan Pengerusi LKKPT, Pn. Aisyah Abd Wahab. Turut serta dalam ziarah ini Jentera Pilihanraya Pas Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Unit Amal dan Ameerah Titiwangsa.

Sumbangan wang serta makanan seperti beras, gula, minyak dan tepung telah disampai kan kepada pengundi yang diziarahi. Selain itu, rawatan syifa’ turut diberikan kepada sebahagian mereka yang uzur.

“Mutakhir ini terlalu banyak isu berkaitan penindasan dan penganiayaan wanita berlaku dalam masyarakat kita. Kes penderitaan ibu tunggal takkan berlaku sekiranya lelaki-lelaki di luar sana bertanggungjawab memainkan peranan masing masing. Siapa mereka? Itulah bapa, suami, anak lelaki serta adik-beradik lelaki kepada wanita tersebut. Ini bertepatan dengan firman Allah bahawasanya lelaki itu pemimpin kepada wanita”, ujar Dr. Rosni dalam sesi ramah mesra bersama pengundi wanita yang menghidap sakit buah pinggang di Flat Blok E, Desa Pandan.

Semua pengundi yang diziarahi rata-rata melahirkan rasa terharu terhadap keprihatinan Skuad Prihatin LKKPP. Air mata kesedihan mengalir di pipi tatkala mereka di usap mesra serta di beri kata-kata motivasi oleh wakil PAS yang hadir.

Sebagai sebuah parti politik Islam, PAS bukan hanya berfokus pada hal ehwal siasah semata-mata, bahkan lebih dari itu, PAS sentiasa komited dengan kerja-kerja dakwah. Program-program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan ini merupakan salah satu dakwah PAS kepada masyarakat, tidak terhenti pada waktu pilihan raya sahaja atau sekadar untuk memancing undi, tetapi sentiasa konsisten di ada kan demi membela nasib rakyat.