Home Artikel PAS Pahang

PAS Pahang | ARCA Rompin Perintis Model Pendidikan Percuma

760
SHARE

ROMPIN – Akademi Rahmat dan Kecemerlangan Rakyat (ARCA) cawangan Rompin merupakan Pusat ARCA pertama yang di wujudkan di Malaysia serta menjadi model pendidikan percuma.

Demikian di sebut oleh Yang Berhormat Ustaz Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz semasa merasmikan Pusat ARCA Rompin di sini semalam.

“ARCA Rompin menjadi perintis kepada projek kebajikan dan pendidikan percuma ini. Dan selepas ini kita akan buka di Perak dan Sik, Kedah” Ujar beliau.

Majlis Perasmian Pusat ARCA Rompin telah di sempurnakan oleh Ustaz Nik Muhamad Abduh.

Pusat ARCA Rompin menganjurkan Jamuan Rakyat sempena Majlis Perasmian tersebut di hadiri kira- kira 200 orang.

ARCA Rompin mula beroperasi pada awal Januari 2018 dengan pendaftaran peserta seramai 140 orang kanak- kanak, 15 orang wanita dan 8 orang lelaki dewasa.

ARCA Rompin menawarkan Kelas Al Quran kanak- Kanak, Wanita dan Lelaki dewasa, Kelas menterjemah Al Quran secara Harfiyah, Kelas Tuisyen dan Kelas motivasi.

ARCA adalah produk pendidikan percuma di bawah Pertubuhan Rahmat Malaysia.