Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Majlis Tahlil Buat Adik Shafiq dan Rafiuddin

750
SHARE

Lembah Pantai, 17 November 2017 – Lajnah Kebajikan PAS Lembah Pantai telah mengadakan majlis tahlil untuk dua mangsa lemas yang ditemui pada awal November lalu.

Majlis yang diadakan dengan semangat ukhwah Islamiyah itu berlangsung di Surau KAFA An Nur (Blok C PPR Muhibbah) bersama penduduk sekitar.

Para hadirin menunaikan solat Isya’ secara berjemaah dan diteruskan dengan bacaan tahlil serta doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Haji Nordin Zalani.

Terdahulu, mangsa Muhammad Shafiq Akmal Amran dan Rafiuddin Fakhrullah Ridzuan, kedua-duanya berumur 13 tahun, ditemukan jam 7.40 dan 8.03 pagi 1 November di kawasan lombong Kampung Muhibbah.

Mereka dikatakan menyeberangi longkang semasa hujan lebat dan dipercayai tergelincir ke dalam longkang berkenaan dalam keadaan arus yang deras.

Tuan Haji Fauzi selaku wakil pimpinan PAS turut berkesempatan menyantuni serta menyampaikan sedikit sumbangan kepada kedua keluarga terbabit.

Semoga Allah merahmati pemergian mereka dan diberikan ketabahan kepada keluarga atas kehilangan tersebut.