Home Berita PAS Pahang

Bapa korbankan anak untuk pelapis jemaah akan datang

584
SHARE

Temerloh, 19 November 2017: Seusai sampai ke rumah di Kuantan dari mempengerusikan mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pahang dan memberi pengisian kepada peserta Akademi Latihan Bina Naqib (ALBANNA) di Temerloh tadi, terbaca satu mesej whatsapp seorang sahabat :

“Assalamualaikum ust… Alhamdulillah ana bagi anak sulung untuk jemaah sebagai pelapis akan datang…. didiklah beliau…”

Dia memaklumkan yang sedikit keuzuran kebelakangan ini kerana menjaga emaknya yang sangat uzur sambil share gambar saya bersama para peserta S3P (Skuad Pelapis Pemuda PAS) Saff 2 dalam program Akademi Latihan Bina Naqib (ALBANNA) tadi. Anaknya salah seorang di dalam gambar tersebut…

Tiba-tiba ada air bertakung di kolam mataku… Allah…