Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Majlis Ihtifal PASTI Lembah Pantai Meriah

1286
SHARE

Lembah Pantai, Majlis Ihtifal PASTI Lembah Pantai 2017 telah berjaya diadakan pada 19 November 2017 bertempat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Program ini diadakan setiap tahun bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran masing-masing serta pemberian anugerah bagi pelajar-pelajar yang cemerlang.

Ihtifal pada kali ini melibatkan pelajar PASTI yang berumur 6 tahun dan 5 tahun yang mendapat kedudukan tempat pertama, kedua dan ketiga didalam peperiksaan khususnya serta seluruh pelajar PASTI Lembah Pantai.

Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Dr. Azhar bin Ariffin selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Lembah Pantai.

Selain itu, majlis turut dihadiri Tuan Haji Fauzi selaku wakil pimpinan PAS bagi sama-sama menyerikan majlis ihtifal ini.