Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Ceramah Umum : UG vs UP

1963
SHARE

DATO’ KERAMAT, TITIWANGSA, 22 Nov 2017: PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan ceramah bertajuk “UG vs UP” bagi menjawab fitnah dan tohmahan ‘Unity Government’ (UG) serta penerangan berkaitan Undi Pas (UP).

Ceramah tersebut menampilkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri dan Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Ustaz Raihan Abdul Aziz.

Menurut Ustaz Idris, PAS pada masa ini diserang dari segenap penjuru dan pelbagai tafsiran negatif dilemparkan kepada PAS.

“Saya sering menasihati rakan-rakan di Parlimen agar jangan terlalu melampau di dalam menilai sesuatu sehingga memperlihatkan sikap tidak matang.” ujarnya.

Jelas beliau lagi dari isu baju sedondon yang dipakai Perdana Menteri dan Presiden Pas, sehingga duduk semeja dan seumpamanya, lensa musuh sangat pantas menyebar fitnah. Namun PAS sehingga kini terus berdiri teguh kerana memiliki prinsip dan integriti.

“PAS tak mahu bersikap gopoh menyebarkan gambar-gambar kontroversi pihak lawan dengan _caption_ yang berbaur provokasi. Malah kita ada gambar-gambar mereka bersama dengan pimpinan UMNO dan BN, namun itu bukan sikap kita untuk mencela mereka. Malahan berita dan gambar-gambar tersebut disiarkan oleh syarikat berita _MalaysiaKini._” ujar beliau.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menayangkan melalui skrin gergasi beberapa gambar dan adegan keakraban pimpinan PH d