Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah | Keselamatan Penduduk Terancam

1377
SHARE

Bangsar, 16 November 2017 – Aktiviti pembinaan yang dilakukan di kawasan kejiranan Jalan Taban, Lucky Garden menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Ini berikutan aspek keselamatan yang tidak dititikberatkan oleh pemaju boleh mengundang bahaya kepada penduduk awam.

Antaranya ialah penggunaan lori ‘crane’ dan lori konkrit yang menghalang laluan di selekoh yang menurun tanpa pengawasan serta amaran keselamatan yang sesuai dan berkesan.

Kerja-kerja ini dijalankan tanpa penyediaan papan tanda amaran keselamatan di Lorong Bukit Pantai 4 dan Jalan Taban 4, Lucky Garden, Bangsar.

Sehubungan itu, satu pertemuan telah diadakan oleh Protem Committee yang turut dihadiri oleh pimpinan PAS selaku ahli persatuan, Tuan Haji Fauzi.

Perjumpaan membincangkan secara serius mengenai masalah tersebut.

Dalam perkembangan lain, penduduk juga telah membuat kempen serta memohon untuk mewujudkan Persatuan Penduduk dan Keselamatan Kejiranan Taban, Lucky Garden, Bangsar.

Terdahulu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan permohonan untuk menjadikan kejiranan Taban sebagai “GATED AND GUARDED NEIGHBOURHOOD”.

Satu majlis akan diadakan pada 17 Disember ini sebagai susulan pertemuan lepas.