Home Berita PAS Selangor

PAS, UMNO, Bersatu & Gerakan senada dalam GENGGAM SELANGOR di Klang – PAS Kawasan Klang

202
SHARE

May be an image of 5 people, people sitting, people standing and outdoors

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 4 November – Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi pada hari ini telah hadir ke Dewan Palm Grove, Pandamaran bagi merasmikan pelancaran Program Genggam Selangor peringkat kawasan Klang.

Turut hadir dalam majlis pada pagi ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Klang Ustaz Khalid Bin Nayan, Ketua UMNO Bahagian Klang Dato’ Haji Nassarruddin Bin Dato’ M.Zin, Ketua Bahagian Bersatu Klang, Encik Shahfizul Bin Sha’arani dan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan Klang, Encik HB Chong.

Majlis dimulakan dengan ucaptama Pengarah Program Genggam Selangor peringkat kawasan Klang, Encik Nor Izam Awalludin dengan mengalu-alukan kehadiran pimpinan-pimpinan dari parti UMNO, Bersatu dan Gerakan di Klang.

Dato’ Haji Nassarruddin dalam ucapannya menyeru agar sama-sama mencari titik persamaan dan cubalah elakkan perbalahan dan jika berlaku perpecahan, ianya akan menguntungkan pihak lawan. Jangan biarkan mimpi ngeri selama 22 bulan kita ‘dijajah’ oleh DAP / PH berulang.

Manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Bin Nayan menegaskan atas dasar perjuangan dalam parti yang berpaksikan kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW, dengan matlamat penyatuan ummah, biar pun kita di dalam Muafakat Nasional mahu pun Perikatan Nasional, kita sama-sama berganding bahu dan bersatu agar dengan penyatuan ini kita satukan ini natijahnya dapat memberi kebaikan kepada seluruh rakyat terutamanya di Klang.

Dalam ucapan perasmian Program Genggam Selangor peringkat kawasan Klang ini, YB Dato’ Dr.Ahmad Yunus Hairi mengucapkan tahniah buat PAS Kawasan Klang dengan perlaksanaan majlis seperti ini, ianya dapat mengumpulkan pimpinan-pimpinan dari PAS, UMNO, Bersatu dan Gerakan di Klang. Kebersamaan kita ini perlu kita jaga supaya keharmonian pelbagai kaum di semua peringkat dan kita mestilah memberi fokus dalam menyalurkan kebaikan kepada rakyat.

Tambahnya lagi, “Tahniah kepada Khidmat Malaysia yang menaungi NGO-NGO Islam banyak memberi khidmat dalam membantu masyarakat. Tidak dilupakan juga kepada Jabatan Amal, keberadaan “Semut Merah” yang berada di segenap ruang bila mana khidmat mereka diperlukan. Terima kasih yang tidak terhingga. Siiru ala barakatillah.

Sebagai simbolik kepada Program Genggam Selangor peringkat kawasan Klang, Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi diminta menanam sepohon pokok durian belanda di hadapan Dewan Palm Grove, Pandamaran.

Program pada pagi ini selesai sekitar 10.45 pagi dan semua hadir diberikan bungkusan makanan nasi ayam penyet istimewa untuk dibawa pulang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor