Home Berita PAS Sabah

Muslimah pencorak generasi masa depan negara

82
SHARE

5 November 2021
Oleh: Nur Liyana Dahon

KINABATANGAN : Zaman milinial yang sangat mencabar kini sangat memerlukan sentuhan kasih sayang dari rumah terutama golongan ibu untuk mencorak anak bangsa.

“Setiap daripada muslimah itu adalah pemimpin. Baik muda ataupun yang berusia kerana kita yang akan mencorakkan masa depan negara bermula dari rumah,” kata ikon muslimat Kinabatangan, Shahirah Salasain, ketika merasmikan program Kinabatangan Bermunajat.

“Munajat AKIFI yang dibawa pada malam ini dapat memberi lebih penghayatan kerana setiap isi mengandungi maksud yang mudah difahami,” ujarnya lagi.

Beliau turut berkata dalam ucapannya, Ameerah Kinabatangan tampil dengan idea yang segar dan bermanfaat dengan penganjuran program pada malam tadi.

Program Kinabatangan Bermunajat yang berlangsung secara atas talian pada malam tadi telah dianjurkan oleh Ameerah Kinabatangan dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah dan Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Kinabatangan.