Home Berita PAS Perlis

PAS tidak tinggal dasar perjuangan

124
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 17 Julai: PAS tidak pernah meninggalkan dasar perjuangannya meskipun kini berada di dalam kerajaan.

Demikian jelas Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan pada Program Munajat Perdana Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) yang berlangsung secara maya malam tadi.

Menurutnya, Islam terus menjadi dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan baik semasa berada di pihak pembangkang mahupun kerajaan.

“PAS hari ini adalah sebahagian daripada kerjaaan, namun PAS tidak pernah meninggalkan dasar perjuangannya iaitu Islam.

“Perkara prinsip dan dasar ini tidak pernah diketepikan oleh pimpinan kita, bahkan PAS adalah satu-satunya parti sifar rasuah, serta menjaga kesyumulan islam.

“Kerana itulah, jemaah ini sentiasa dipelihara oleh Allah daripada dirosakkan oleh musuh samada yang berada di luar mahupun dari dalam,” katanya.

Jelasnya lagi, PAS sedar kedudukan dalam kerajaan membolehkan peluang untuk melaksanakan syariat Islam terbuka luas.

Oleh sebab itu katanya, PAS telah memanfaatkan peluang berkenaan dengan mempelbagaikan program-program dakwah serta amar makruf nahi mungkar untuk menyeru masyarakat kepada Islam di samping melakukan pembaikan (islah) dalam aspek pengurusan kerajaan.

“Tidak kita nafikan, kuasa adalah alat untuk melaksanakan Islam bukan sekadar menjaga umat Islam, bahkan menjaga seluruh masyarakat yang berada di bawah naungan kerajaan.

“Para menteri dan timbalan menteri kita (PAS) terus-menerus melakukan penambahbaikan dalam polisi-polisi di kementerian masing-masing, hasilnya rakyat dapat melihat kementerian-kementerian bergerak dengan lebih produktif,” ujarnya.