Home Rencana PAS Selangor

PAS tidak lupakan jasa mereka – Setiausaha BPPN Selangor

134
SHARE

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Tahukah anda bahawa pingat atau anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) adalah darjah tertinggi dalam negara yang dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agong lebih tinggi dari Darjah Kerabat Di Raja (DK) atau Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.

SP hanya dianugerahkan kepada individu yang telah mempamirkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

Anugerah ini diperkenalkan pada 29 Julai 1960 dan digazet pada 11 Ogos 1968.

Kali terakhir anugerah ini dikurniakan adalah pada tahun Jun 2001 dan sejak itu belum ada lagi penerima yang baru.

Hari ini hanya tinggal 5 penerima yang masih hidup iaitu 4 dari PDRM – Dato Syed Mokhtar Syed Zubir Barakahbah, Koperal Itim a/k Bijam, Supritendan Datuk Paul Kiong, SAC Abd Razak Yusof dan seorang dari ATM iaitu Left Jeneral Zaini Said.

Pada bulan Oktober 2015 kura-kira 6 tahun lalu semasa membahaskan Belanjawan 2016 Menteri Agama hari ini Senator Ustaz Idris Ahmad yang ketika itu MP Bukit Gantang telah menyentuh isu elaun yang diberikan kepada para pahlawan negara ini.

Mereka menerima elaun RM2000 dari kerajaan sebulan dan terakhir kadari ini disemak adalah pada tahun 2009.

Ustaz Idris ketika itu mengusulkan agar elaun ini dinaikkan ke RM5000 sebulan memandangkan besar dan berharganya pengorbanan mereka ini, keamanan dan kesejahteran negara yang kita kecapi hari ini lantaran jasa mereka ini yang telah menaruhkan nyawa demi keamanan negara.

Semalam saya menemani salah seorang penyandang SP iaitu Datuk Paul Kiong, anak jati Ipoh, Perak ke kediaman rasmi Senator Ustaz Idris Ahmad di Putrajaya.

Datuk Paul mahu mengucapkan terima kasih atas kesudian PAS melalui Ustaz Idris yang sanggup memperjuangkan nasib para pahlawan negara ini manakala Ustaz Idris pula memang berminat mahu mendengar penglaman pengorbanan Datuk Paul.

Untuk rekod Datuk Paul dalam misi khasnya semasa bersama pasukan Cawangan Khas PDRM telah berjaya memberkas hidup-hidup 38 anggota pengganas kominis satu pencapaian rekod dan cukup luar biasa.

Menghargai jasa beliau dan para penerima anugerah SP serta anugerah kepahlawanan yang lain Ustaz Idris memberi jaminan akan mencadangkan kepada kerajaan agar memandang serius nasib dan kebajikan mereka ini termasuklah menyemak semula kadar elaun bulanan yang diberikan.

Siapalah kita hari ini tanpa keberanian dan pengorbanan mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor