Home Berita PAS Terengganu

PAS terhegeh-hegeh, Umno menepis-nepis

53
SHARE

PAS sentiasa menghulurkan tangan, UMNO sentiasa menepis. PAS hulur lagi dan lagi. UMNO menepis tiada henti.

Ya itulah realitinya. PAS terhegeh-hegeh? Menurut situasi ini, ya, PAS terhegeh-hegeh ibarat perigi mencari timba.

UMNO ketepikan PAS ketika undi tak percaya MB Perak. PAS marah tapi kena sabar, kita hulur tangan.

UMNO Terengganu isytihar tiada MN di Terengganu. PAS buat tak tahu dan terus hulurkan tangan. Tetap bagi peruntukan.

UMNO Kelantan putuskan hubungan dengan PAS dan menggelar Presiden, Naib Presiden dan Pengarah Pilihanraya PAS sebagai “3 Jahanam”. PAS nak marah, tapi sabar, kita tetap hulurkan tangan.

Presiden UMNO bertanya sinis ada lagi ke MN? PAS sabar dan jawab teruskan perkasakan penyatuan ummah.

Presiden UMNO kata PRN Melaka dan Johor, UMNO gerak solo. PAS nak marah, tapi kita sabar, hulurkan tangan lagi.

Presiden UMNO kata, lupakan kerjasama dengan PAS dalam PRU15. PAS dengan muka tebal jawab MN formula terbaik. Hulur tangan lagi.

SUA UMNO dengan angkuh suruh dibubarkan PAS. PAS marah, tapi tangan tetap terbuka lagi.

Itulah PAS ibarat perigi mencari timba. Saat mereka nak mampus, merangkak-rangkak mereka hampiri perigi meneguk airnya.

Sebagai ahli, kita rasa nak merayu pada pimpinan PAS, sambil pegang tangan dan kata,

“Cukuplah Tok Guru… cukuplah Tok Guru… Kami tak sanggup melihat pimpinan kami diperlakukan demikian lagi. Arahkan sahaja kami balas serangan mereka”

Jawab kepimpinan, “teruskan agenda penyatuan ummah, ini lebih besar demi selamatkan agama, bangsa dan negara.”

Perit rasanya menekuni JIWA BESAR kepimpinan PAS menggigit erat agenda penyatuan ummah yang inklusif, dalam masa sama menekuni juga JIWA KERING PAS melayani perangai tak senonoh UMNO.

Ya. Ini mungkin bukan terhegeh-hegeh tapi sebuah komitmen perjuangan.

Ahmad Fahmi Mokhtar