Home Berita PAS Terengganu

PAS terhegeh-hegeh? Tidak, PAS tidak jemu-jemu

57
SHARE

Beberapa hari lepas, sempat menulis berkenaan terhegeh-hegehnya PAS terhadap penyatuan ummah.

Sidang media Dr Sam, Naib Presiden PAS petang ini, membuktikan bahawa PAS betul-betul tak pedulikan apa yang ditohmah, dan tidak jemu-jemu untuk terus bergerak untuk menyatupadukan ummah.

Boleh baca salinan sidang media Dr Sam dibawah :

Wartawan : Presiden UMNO pun suruh lupakan MN, apa respon PAS?

Dr Sam : Kita melihat agenda yang lebih besar, bukan agenda kepartian semata-mata. Agenda yang besar seperti yang ditegaskan oleh Tan Sri Presiden PAS bahawa, kita kena senantiasa berusaha untuk memastikan MN dan PN terus bergerak dan menjadi satu alternatif dalam negara kita berbanding PH.

Walaupun ada pihak yang tak berapa setuju dan rasakan sudah tamat riwayat, bagi PAS kita melihat agenda yang lebih besar untuk ummah, bukan semata-mata untuk survival parti-parti tertentu sahaja, mana lebih besar ummah ke atau survival parti politik tertentu semata?

Wartawan : Walaupun pelbagai statement yang keluar, PAS tak jemu-jemu?

Dr Sam : Ya, bagi kita bukan seperti yang digambarkan oleh setengah pemimpin parti politik bahawa bila orang tak nak , maka kita tak boleh terhegeh-hegeh. Ini bukan soal nak bertunang, nak kahwin atau cari anak dara, tidak. Ini soal ummah, kepentingan ummah lebih besar daripada benda-benda lain.

Wartawan : PAS tidak berkecil hati lah dengan kenyataan cakap PAS talam dua muka dan sebagainya?

Dr Sam : In sya Allah, kita akan terus jalan dengan sabdaan Nabi SAW, seeru ala barakatillah.

Wartawan : Mungkin ada perbincangan tak dengan parti-parti sebelah sana, untuk bincangkan MN?

Dr Sam : Kita akan terus berusaha.

Betullah, apa pun yang diperlakukan, kepimpinan PAS tetap terus berusaha untuk menggerakkan agenda penyatuan ummah.

Biar ditohmah, dikata terhegeh-hegeh, yang penting PAS tidak sesekali jemu dan terus berusaha untuk menyatukan demi generasi anak cucu masa hadapan.

Ahmad Fahmi Mokhtar