Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Tegas Dalam Menegakkan Nilai-nilai Dan Syariat Islam

1104
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

PAS TEGAS DALAM MENEGAKKAN NILAI-NILAI DAN SYARIAT ISLAM

1. Dasar PAS adalah islam dan tujuan PAS ada dua. Pertama, memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup islam dan hukum-hakamnya menuju keredhaan Allah SWT. Kedua, Mempertahan kesucian islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara

2. Jelas disini bahawa setiap tindak tanduk PAS di dalam politik adalah mengikut lunas-lunas islam. Islam agama yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah sistem pentadbiran, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.

3. PAS adalah parti yang tidak pernah was-was perjuangannya. PAS tetap dengan tujuannya untuk menegakkan syariat islam. Buktinya, parti mana yang betul-betul bersungguh dalam isu RUU355 dan isu RUU164 yang melibatkan jenayah dan sistem kekeluargaan islam.

4. Dari sudut ekonomi, PAS antara parti yang menyatakan bahawa GST cukai yang haram dilaksanakan. PAS juga mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu 1MDB dan isu Memali. Ini adalah kaedah PAS berpolitik iaitu secara Matang dan Sejahtera

5. Dalam isu fitnah 90 juta, PAS telah mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar Sarawak Report. Jelas kelihatan bahawa semua tindak-tanduk PAS dalam politik selari dengan tujuan PAS yang ada di dalam perlembagaan PAS.

6. Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS selama 28 tahun mendapat pengiktirafan berhubung dengan Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan indek akuntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan dengan memperoleh markah sebanyak 99.0 peratus.

7. Semoga rakyat Malaysia terutama Perlis dapat menilai pihak manakah yang mampu memimpin negara dengan telus dan penuh berintegriti sekaligus menjadikan Malaysia negara yang makmur dan sejahtera.

Yang Bertanggungjawab,

HAZIQ ASYRAF BIN DUN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
26 Mac 2018 M / 8 Rejab 1439 H