Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau salur bantuan kepada mangsa banjir

684
SHARE

Siti Arfa Asrisal bertanyakan sesuatu kepada ahli keluarga mangsa banjir.

Oleh : Anna Tan

TAWAU 21 Ogos ~ Susulan bencana banjir kilat yang melanda beberapa tempat di daerah Tawau, di sini , kelmarin.

Skuad Prihatin PAS Tawau telah menghantar sumbangan berupa bahan makanan kepada 4 keluarga dhaif di Kg Kuala Apas yang terjejas akibat bencana tersebut, di sini , petang tadi.

Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan ( LKKPK Tawau ), Siti Arfah Asrisal berkata sumbangan tersebut adalah hasil kutipan derma kilat yang dilancar kelmarin.

Katanya, 4 keluarga yang menerima sumbangan tersebut terdiri daripada 2 bapa tunggal yang mempunyai anak ramai , nelayan , keluarga dhaif dan keluarga imam masjid.

” Saya berharap sedikit sumbangan yang PAS Tawau salurkan ini dapat meringankan sedikit beban mereka.

“Seorang penerima bantuan kali ini, seorang bapa tunggal yang bekerja sebagai nelayan, Gubin Galang ( 62 ) yang memelihara 6 orang anaknya termasuk seorang OKU terpaksa menduduki rumah mereka yang mengalami banyak kerosakan “.

Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau ( DMPKT ), Madiha Ladale dan Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPKT.

Apsah Hasan menyerahkan sumbangan kepada isteri imam

*