Home Artikel PAS Perak

PAS Tambun Terus Melangkah

702 views
SHARE

“Jika nak ikut kecewa, Nabi Nuh lebih layak kecewa. Berdakwah 900 tahun lebih tapi sebab mereka memperjuangkan agama Allah, mereka tak kecewa” kata Ustaz Ibrahim Mohamad Zakaria ,Timb. Ketua Dewan Ulamak PAS Perak.

“Jangan kecewa dengan kekalahan ini, ingatlah, kita berjaya sampaikan mesej dakwah kepada masyarakat” tambahnya lagi pada malam Himpunan Petugas PRU14 Tambun baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Tambun , Ustaz Salleh Said , bersama Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Perak , Ustaz Ibrahim Zakaria
serta Ketua Pemuda Pas Kawasan Tambun Ustaz Hafez Sabri

Masing-masing menyampaikan taujihat sambil berkongsi isu-isu semasa berkaitan keputusan PRU14, tetamu yang hadir dihidangkan dengan Nasi Briyani Kambing.

Ribuan terima kasih kepada seluruh kepimpinan , ahli dan jentera PAS Kawasan Tambun.