Home Berita PAS Pulau Pinang

Nukilan Sejahtera 13 May 2018

902
SHARE
Syukur Alhamdulillah. Sudah 3 hari kita telah selesai menyempurnakan tugasan sebagai pendokong Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam PRU14.
Seterusnya akan mengorak langkah menghadapi PRU15 pula dalam usaha dakwah dan siyasah. Begitulah bersambung sambung hinggalah ke nafas yang terakhir.
Dalam usaha dakwah, kita perlu lebih giat menerang dan memahamkan masyarakat tentang perjuangan Pas. Dasar Pas, tujuan Pas, matlamat Pas, tarbiyah Pas d.l.l. Semuanya terkandung dalam buku Perlembagaan Pas yang wajib dimiliki oleh setiap ahli.
Dalam usaha siyasah, elakkan menyerang semberono atau menjanjikan pulangan material. Fitnah, adu domba mahupun politik persepsi yang tidak hak adalah haram dalam gerakerja.
Kita ajarkan kepada masyrakat tentang siyasah dan politik Islam. Ia akan menjadi penyumbang pahala ketika di alam barzakh. InshaAllah.
Mohd Helmi Harun
Ahad
27 Syaaban 1439
13 May 2018