Home Berita PAS Sarawak

PAS sokong mansuhkan dasar kabotaj untuk Sarawak

599
SHARE

Kabotaj adalah pengangkutan barangan atau penumpang antara dua titik dalam negara yang sama. Asalnya bermula dengan perkapalan, kabotaj kini juga meliputi penerbangan, kereta api dan pengangkutan jalan. Kabotaj adalah “perdagangan atau pelayaran di perairan pantai, atau, hak eksklusif negara untuk menguruskan trafik udara di wilayah itu. Dari segi politik, kabotaj adalah untuk mengawal had perdagangan dengan syarikat tempatan dikenali sebagai perlindungan. Asas bagi peraturan kabotaj termasuk keselamatan negara dan keperluan untuk melindungi keselamatan awam.

 

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg setiap barang yang kita impot perlu melalui Pelabuhan Klang. Pada masa lalu, mungkin ia boleh diterima kerana terdapat kekurangan volum tetapi sekarang, kami telah mewujudkan perdagangan antarabangsa.

Jadi ia adalah masa untuk menghapuskan kabotaj supaya kapal-kapal dari luar negara boleh datang terus ke Sarawak.

 

PAS menyokong penuh saranan Ketua Menteri Sarawak agar Sarawak diberi kebebasan untuk mengimpot barangan dari luar tanpa perlu melalui Pelabuhan Klang. Jarak perjalanan dan untuk kapal dagang dari luar berurusan dengan Pelabuhan Klang menyebabkan barang dari China dan Jepun menjadi lebih mahal.

Kos pengangkutan untuk berulang-alik untuk sampai ke pelabuhan yang terdapat di Sarawak menjadi mahal disebabkan terpaksa melalui Pelabuhan Klang.

 

Dari dulu lagi kita pernah sarankan pemansuhan dasar kabotaj di Sarawak kerana ianya boleh mengurangkan kos harga barangan untuk rakyat Sarawak. Dengan pemansuhan dasar kabotaj ini sekurang-kurangnya harga barangan di Sarawak akan setanding atau kurang dari harga barangan dari Semenanjung Malaysia.

 

Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat dan tidak stabil ini maka seharusnya kerajaan persekutuan

memansuhkan dasar kabotaj untuk Sarawak dan Sarawak berhak mendapatkan kuasa autonomi bagi memudahkan urusan perdagangan di peringkat antarabangsa.

 

Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan beban penguna yang terpaksa bayar lebih harga barangan dari luar negara. Kita mengesa kerajaan persekutuan dapat menilai sendiri pemintaan kerajaan Sarawak ini kerana ianya melibatkan pengguna serta keperluan rakyat tempatan.

 

Pemansuhan dasar kabotaj juga boleh merangsangkan lagi pembangunan dan meringankan kos pelan pembangunan infrastruktur asas di negeri ini seperti bahan-bahan binaan yang murah dan pengguna juga boleh membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan. Kerajaan juga perlu memantau harga barangan keperluan agar ianya tidak dijual dengan harga yang terlampau tinggi sehingga membebankan pengguna.

 

Mudah-mudahan hasrat kerajaan dan rakyat Sarawak untuk melihat pemansuhan dasar kabotaj oleh kerajaan persekutuan menjadi kenyataan dan boleh meringankan beban harga kos barangan keperluan asas di Sarawak. Sarawak tidak memerlukan dasar kabotaj kerana ia tidak adil bagi negeri ini.

 

Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS, Sarawak

 

English version

 

PAS support the abolition of the cabotage policy for Sarawak

 

Cabotage is the transport of goods or passengers between two points in the same country. Originally starting with shipping, cabotage now also covers aviation, rail and road transport. Cabotage is “trade or navigation in coastal waters, or, the exclusive right of a state to manage air traffic in the territory. Politically, cabotage control limit trade to the carrier is locally known as protectionism. The basis for the rules of cabotage is including national security and the need to protect public safety.

 

According to the Chief Minister of Sarawak Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg any goods that we import needs through Port Klang. In the past, maybe it was acceptable because there was lack of volume but now, we have established international trade. So it is time to abolish cabotage so that ships from overseas can come straight to Sarawak.

 

PAS fully supports the recommendations of the Chief Minister of Sarawak so that Sarawak is given the freedom to import goods from outside without having to go through Port Klang. Distance traveled and the merchant ship from the outside dealing with Port Klang cause goods from China and Japan become more expensive. The cost of transportation to commute to get to the port found in Sarawak became expensive due to had to through Port Klang.

 

Before that we’ve ever recommend the abolition of cabotage policy for Sarawak because it can reduce the cost price of the goods for the people of Sarawak. With the abolition of cabotage policy is at least the price of goods in the state would be comparable to or less than the price of goods from Peninsular Malaysia.

 

In an increasingly acute economic situation and unstable then the federal government should abolish the cabotage policy for Sarawak and Sarawak are eligible for the autonomy to facilitate dealings at the international level trade.

 

Maybe this is one way to reduce the burden on users who must pay higher prices for goods from abroad. We urge the federal government can evaluate the Sarawak government’s request because it involves the users and the needs of local people.

 

The abolition of cabotage policy can also stimulate development and reduce the cost of basic infrastructure development plans in the country such as building materials are cheap and users can also purchase necessities at reasonable prices. The government should also monitor the prices of essential items so that they are not sold at a price that is too high that burden consumers.

 

Hopefully government’s desire and the people of Sarawak to see the abolishment of cabotage policy by the federal government became a reality and can ease the burden of the cost price of basic necessities in Sarawak. Sarawak does not need the cabotage policy because it is not fair for the state.

 

Yours faithfully

Jofri Jaraiee

Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief