Home Artikel PAS Sarawak

PAS Sibuti Santuni Masyarakat Dayak

696 views
SHARE

Miri, 1 Jun 2017 – PAS Kawasan Sibuti dengan kerjasama PAS Kawasan Miri telah menganjurkan satu ziarah mahabbah ke Rumah Panjang (Rh) Berangkut, Sibuti pada 27 Mei 2017 yang lalu.

Rombongan ziarah yang diketuai oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Miri, Mohamad Arifiriazul Paijo sempat beramah mesra dengan 10 orang ahli rumah panjang tersebut.

Tuai Rumah atau ketua rumah panjang juga turut berbesar hari menerima kunjungan daripada pihak PAS ini.

Lawatan selama satu jam ini sempat membincangkan persediaan mereka untuk meraikan Hari Gawai serta penglibatan mereka sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

 

Di akhir lawatan, sedikit sumbangan makanan diberikan kepada seluruh keluarga yang hadir bagi menceriakan lagi suasana perayaan Hari Gawai yang bakal disambut 1 Jun ini serta sebagai tanda penghargaan atas penglibatan mereka di dalam PRN ke-11 yang lalu.

 

{jathumbnail off}