Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam
Oleh: Omak Kau
SHAH ALAM, 26 Julai – Ustaz Aubidullah Fahim Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Shah Alam berharap semoga bantuan sedemikian mampu membantu meringankan bebanan golongan memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal dan lain-lain yang terkesan tanpa mengira ideologi politik.
Dalam perkembangan sama, katanya, beliau meminta penduduk setempat yang terjejas tidak dapat bekerja ataupun meneruskan aktiviti harian ketika tempoh PKP memaklumkan perkara itu kepada pihaknya.
Beliau juga merupakan setiausaha PAS Kawasan Shah Alam berkata, bantuan berkenaan dihantar secara terus ke rumah penduduk kerana mereka tidak digalakkan untuk berkumpul di sesuatu kawasan sepanjang PKP dilaksanakan.
Menurutnya, usaha berkenaan turut diambil bagi memudahkan urusan penduduk terjejas yang tidak dapat keluar sekali gus membolehkan mereka mendapat bantuan diperlukan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor