Home Berita PAS Perlis

Dapur Rakyat: PAS Perlis Bertindak Pantas

622
SHARE

KANGAR : PAS Perlis bertindak pantas dengan membuka Dapur Rakyat kepada mangsa banjir di sekitar Dun Bintong Dan Kayang baru baru ini.

Dapur rakyat telah dibuka di Markas PAS Behor Janggus sejak dari 23 September yang lalu, sehari selepas kejadian banjir berlaku di sekitar Dun Bintong.

Seluruh kepimpinan PAS Kawasan Kangar turun bergotong-royong memasak makan tengah hari kepada rakyat sekitar.

Selain di Kangar, Dapur Rakyat juga turut dibuka di Markas PAS Semut Gatai, Arau untuk edaran  kepada mangsa banjir di sekitar Arau.

“Buat masa sekarang hujan telah pun berhenti dan air semakin surut.”

“PAS Perlis merancang untuk turun membantu membersihkan rumah pula selepas ini”, ujar YB. Mohd Shukri Ramli ketika ditemui semasa sedang menziarahi mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir di sekitar Bintong dan Kayang pada 25 September yang lalu.

Tabung mangsa banjir juga dibuka jika ada yang ingin menyumbang dan boleh terus menghubungi Puan Jaliah di talian 012-684 1228, atau terus menghantar barang sumbangan di Kompleks PAS Perlis.

Bagi yang ingin menyumbang wang tunai, salurkan sumbangan ke akaun Dewan Muslimat PAS Pusat melalui akaun Maybank 5640 2540 071.