Home Berita PAS Wilayah

PAS Setiawangsa Mengecam Keras Fitnah Dilemparkan oleh DS Tengku Adnan Tengku Mansor

1615
SHARE

 

KENYATAAN MEDIA RASMI
PAS KAWASAN SETIAWANGSA

PAS SETIAWANGSA MENGECAM KERAS FITNAH DILEMPAR OLEH DS TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Merujuk laporan portal Malaysiakini yang bertarikh 14 April 2018 yang bertajuk “Ku Nan Dakwa Petugas PAS Ambil Pil Kuda”, PAS Kawasan Setiawangsa mengecam keras fitnah yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ucapan beliau dipetik oleh portal tersebut menggambarkan ahli Pas tidak bermoral dan berakhlak keji semasa kempen PRU-13 yang lepas. Pihak kami nyata melihat ucapan beliau itu terkandung fitnah semata mata tanpa bukti dan asas yang kukuh.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian jentera ahli Pas Kawasan Setiawangsa turut membantu kempen di Parlimen Putrajaya pda PRU yang lepas dan sepanjang tempoh tersebut seluruh jentera PAS disana berusaha bersungguh sungguh memenangkan PAS tanpa mengenal penat dan lelah. Bahkan ada dikalangan petugas yang mengambil cuti semata mata ingin membantu jentera sepenuh masa. Maka tidak timbul soal ada petugas tidak berehat, tidak tidur dan sebagainya. Sebagai seorang manusia, fitrahnya mesti memerlukan rehat, tidur dan sebagainya.

Maka, hari ini PAS Kawasan Setiawangsa tampil membuat laporan polis bagi menyatakan kecaman terhadap fitnah jahat yang dilemparkan. Pihak kami berharap pihak PDRM dapat menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan serius.

PAS Kawasan Setiawangsa berharap semua parti politik yang bertanding dapat mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera sepanjang tempoh berkempen sehingga hari buang undi. Perbezaan ideologi politik tidak sewajarnya menyebabkan fitnah berleluasa dan politik kotor diamalkan.

Sekian, terima kasih.

ABDUL HALIM HASSAN
YANG DIPERTUA,
PAS KAWASAN SETIAWANGSA
Tarikh: 18 APRIL 2018