Home Berita PAS Wilayah

Kaum Cina Tolak GST

1143
SHARE

BATU , 18 April – Bakal calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya turun beramah mesra dengan pengunjung di tapak pasar malam Taman Beringin, semalam.

Selain memperkenalkan bakal calon, kunjungan kali ini bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat dan juga untuk mendapatkan respon mereka terhadap situasi semasa negara.

Terdapat pengunjung dari kaum Cina yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap GST yang dikenakan oleh kerajaan kepada rakyat. Ini jelas menunjukkan rakyat merasa terbeban dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Sebelum Ustaz Azhar Yahya dan para pengiring beliau meninggalkan tapak pasar malam tersebut, para pengunjung menzahirkan harapan mereka agar kejayaan menjadi milik PAS pada PRU ke 14 nanti.