SETIAWANGSA, 28 Oktober – Menyedari akan bahang PRU 14 yang semakin hampir setelah pembentangan belanjawan negara di Parlimen baru – baru ini, PAS Setiawangsa terus istiqamah meneruskan program-program pilihanrayanya ke arah memenangi parlimen tersebut.Program turun padang itu telah dilaksanakan di Sek 10, Wangsa Maju meliputi kempen penerangan, semak daftar pemilih, pendaftaran ahli baru, khidmat perubatan islam dan menyatuni penduduk setempat.
Menurut Pengarah Program, Sdr Syafiq Kamil yang juga Ketua JPRK Zon 2, program ini telah dapat meraih sokongan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat dalam pendekatan BPMS terhadap perjuangan PAS.
Sambutan masyarakat juga amat menggalakkan terutamanya berkaitan penerangan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) dalam penyelesaian kemelut kos sara hidup yang semakin meningkat setelah kerajaan BN masih gagal menangani permasalahan tersebut.
Turut hadir memeriahkan program tersebut adalah pimpinan utama kawasan, Ydp PAS Setiawangsa, Hj Abd Halim Hassan, Ketua Cawangan PAS Sek 10, Hj Syamsul Ariffin dan Ketua JPRK Setiawangsa, Hj Idris Yaacob.
-Jabatan Penerangan Pas Kawasan Setiawangsa-